Pd tanggal 27 jun 1978, lahir la seorg putri dlm keluarga En Ruslan dan Pn Esah, Putri itu disambut dgn penuh rasa syukur dan gembira. Akhirnya mereka berwaris juga.En Ruslan dan Pn Esah menama kan putri mereka dgn nama NORHAZLINA.( aku la tu hehehehe). Mereka berdua membesarkn aku atau nama manjaku Lin dgn penuh kasih dan sayang bagai menatang minyak yg penuh. Walaupun keluarga kami dlm ketegori miskin namun mereka cuba penuhi semua keinginan ku supaya aku happy. Mungkin kuasa tuhan, lpas aku di lahirkn mak aku tiada anak lain lg (bkn tiada langsung,ada,tapi semuanya meninggal dunia). Hidup la aku sbg anak tunggal sehingga kini. Walaupun keluarga kami miskin tp aku sgt gembira. Mak dan ayah ku membesarkn aku dgn penuh disiplin n tegas. Aku disuruh melakukan kerja rumah spt memasak,mencuci dan sebagainya. Dengan erti kata lain bkn duduk saja dan mak lakukn semua kerja.
Pd tahun 1984, aku mula bersekolah tadika. Seperti kanak2 lain aku menangis xmau pergi sekolah. Terpaksa la ayah tunggu aku sampai tamat waktu sekolah. Aku masih ingat waktu tu dlm keadaan menangis aku pesan pd ayah supaya jangan balik. Aku kata " ayah tunggu lin, jgn blik, klu ayah balik lin ketuk kepala ayah sampai pecah empat ". Kata2 ku itu melucukan ati cikgu dan kawan2 sekolah ku hingga aku dijadikan bahan usikan mereka. Sehingga kini ada kwn2 ku masih ingat kata2 ku itu dan mereka akan mengusik aku. Indah sungguh kenangan diwaktu itu. Aku dpt juga habiskan persekolahan ku hingga ke hujung tahun.
Pd tahun 1985, aku mula bersekolah darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak sampai la darjah 6 tahun 1990. Pd waktu itu aku dah boleh bersekolah seperti biasa dan x perlu di tunggu lagi. Bukan itu saja aku dah pandai menjual buah-buahan kampung pada cikgu dan kawan2 sekolah ku. Duitnya dpt la aku buat belanja sekolah, maklum lah kami kan orang susah. Waktu tu keadaan ekonomi negara x la sehebat sekarang. Dengan wang belanja sebanyak 30 sen sudah mampu mengenyangkan aku. Sewaktu di sekolah aku xla seaktif mana namun sempat juga aku memegang tugas sebagai pengawas sekolah dan terlibat dlm koir sekolah. Tapi aku sebagai back up je la hehehehe. Di sekolah ini la aku mengambil exam UPSR. Dgn keputusan yg ala-ala je aku dpt la bersekolah di sekolah menengah biasa.
Pd tahun 1991, aku memulakan sesi persekolahan menengah di Sekolah Menengah Dato' Kamaruddin sampai tahun 1995. Aku di alam remaja maka banyak perkara baru yg ingin aku pelajari. Aku ingin bergaya, bermake up dan berkawan dengan lelaki. Biasa la remaja penuh dengan cinta monyet tp aku xla sampai jadi monyet hahahaahaha. Di sekolah ini juga aku mengambil exam PMR dan SPM. Keputusan exam aku pun x cemerlang sangat tp melayakkan aku untuk naik ke tingkatan 4. Pd waktu ini ekonomi keluarga kami semakin baik. Ayah dh bekerja sbg pengawal keselamatan. Alhamdulillah cukup la menampung perbelanjaan kami tiga beranak, mak pula hanya membuat kerja kampung untuk menambah pendapatan sementara aku plak mengambil upah menghantar mak saudara aku pergi kerja. Dengan duit upah itu la aku gunakn untuk belanja pergi sekolah. Aku mengambil exam pun di sekolah ini. Aku dengan kawan baik ku yg bernama Umi Ramlah selalu bersama pergi tuisyen dgn menaiki motor ayah. Slalunya lepas habis kelas kami akan racing dengan pelajar lelaki. Aku yg x brapa berani bawak motor slalu sampai yg terakhir sekali. Xpe la biar lambat asalkn kami selamat.
Sehabis exam SPM, aku memohon kerja sambilan di sebuah kilang membuat telefon. Permohonan ku diterima. Maka aku pun bergelar minah kilang, gelaran yg selalu menjadi hinaan guru disekolah ku. Biar la dihina asalkn niatku untuk mencari duit membantu keluarga tidak disalah ertikan. Disini byk lagi pengalaman yg aku dpt selain kawan2 ku dari negara seberang. Disini juga aku mula berkenalan dgn seorg lelaki yg bernama Yusri. Tinggi lampai dan putih melepak adalah gambaran yg dpt aku berikn tentang dia. Hubungan kami x lama. Kami terputus setalah dia menjadi tentera. Kebetulan waktu tu aku juga mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur sbg jurutol.
DAH MASUK PART PALING BEST YG MANA DISNI LA AKU KENAL MY MR.HUBBY.
Pd tahun 1997, aku melangkah pergi meninggalkn kampung halaman untuk ke bandar besar KL. Aku mendapat kerja di Plaza Tol Sungai Rasau di Klang sebagai jurutol. Mak dan ayah menemani ku sampi ke sana. Dengan linangan air mata mereka terpaksa meninggalkn aku, aku pun nangis gak hehehehehe...maklum la selama 19 thun aku x pernah berenggang dengan mereka berdua walau sekali pun. Ini adalah kali pertama. Mungkin mereka bimbang aku di sana seorang diri, tiada teman atau family di sana, klu ada pun jauh dr bandar Klang. Aku pula yg jenis x byk cakap xde kawan di sana sampaikn nak cari tempat mkn pun aku xtau dan x pandai. Aku hanya makan waktu kerja je sebab kat sana ada kantin. Bila aku balik rumah maka aku x makan la sampai la satu hari tu aku sakit perut. Dalam keadaan sakit perut, kawan serumah pula xde, aku pun duduk la lepak depan rumah untuk ambil angin. Nak tidur aku rasa takut maklum la tempat baru sebab tu aku duduk kat luar tunggu diaorg balik.
Sedang aku termenung menunggu kawan2ku balik, aku disapa seorang lelaki. Dia sebenarnya jiran sebelah rumah ku. Dia juga bekerja sebagai jurutol tapi di Plaza Tol Bukit Raja. Namanya...jeng..jeng...jeng...Mohamad Nizam berasal dr Kulim, Kedah. Dia anak kedua dr lapan adik beradik. Hitam manis dan berjambang ala hero hindustan itu la rupa dia masa tu. Setelah berborak sepatah dua lalu dia menawarkn diri untuk membawa aku pergi makan setelah ku beritau dia bahwa aku sedang lapar. Oleh sebab ari dh jauh malam, dia membawa aku makan dekat kedai mamak je..Korang tau x itu la detik permulaan perkenalan yg membawa kami ke jinjang pelamin. Bermula dr malam itu kami sering keluar makan bersama x kira makan tengahari ataupun malam. Pergi dan balik kerja aku pun dia yg ambik dan hantar. Pendek kata kami dh jadi couple la. Klu sebelum ni setiap sebulan sekali aku balik ke kampung kini aku dh mula jarang balik..Teruk betul la aku ni kan...Walaupun cam tu tanggungjawab aku pada keluarga tidak aku lupakan. Aku mendapat tawaran menjadi jururawat tp ku tolak..biasa la bila dah ada buah ati ni klu boleh memang xmau berenggang la.
Setelah hubungan kami mendapat restu kedua2 belah pihak, pd tahun 1999 aku dan Nizam pun bertunang. Perjanjian dibuat dlm masa setahun kami akan disatukn. Pd 16/10/1999, tunangku mendapat tawaran menjadi pegawai polis.Dia akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Polis, KL. Tinggal la aku seorang diri seperti waktu aku mula menjejakkan kaki dibandar Klang dulu. Pergi dan balik kerja ku tiada lagi teman begitu juga makan minum ku.Setahun bagaikan seribu tahun lamanya untuk aku berjumpa kekasih hati. Hanya selepas sebulan dia menjalani latihan baru la kami dpt berjumpa itu pun hanya beberapa jam. Nak tengok wayang pun x sempat. Dia x boleh keluar lama2 dan mesti masuk asrama sebelum pkl 6.Klu lewat dia akan didenda. Dendanya dia xleh keluar lagi untuk minggu depan. Untuk yg tengah hangat bercinta macam kami ni dah tentu nak berjumpa lagi so daripada x dpt jumpa langsung dpt jumpa sekejap pun jadi la. Majlis kahwin kami terpaksa ditunda sehingga tunangku tamat latihan seterusnya kursus asas di Ulu Kinta.
Pd tahun 2001, tunang ku tamat latihan dan kursus asas. Dia diarahkn melapor diri untuk bertugas di Unit 6 FRU di Kuala Terengganu. Selepas beberapa hari memulakan tugas sebagai Pegawai Penolong Penjaga Troop, kami pun dinikahkan. Tanggal 25 Januari 2001 kami berdua sah menjadi suami istri. Aku sungguh terharu bercampur gembira kerana impianku untuk hidup bersama kekasih hati akhirnya termakbul. Syukur pada Allah atas kurnianya yang x terhingga pada aku dan keluarga. Pilihanku x silap suamiku seorang yg baik, bertanggungjawab dan menerima keluarga ku seadanya. Di depan ayahku dia berjanji akan menjaga dan membahagiakan aku. Dua majlis kecil diadakan untuk meraikan kami oleh kedua2 belah pihak. Aku yg berasal dr anak tunggal kini memiliki keluarga yg besar dengan seorang kakak dan enam orang adik. Sesuatu yg baru bagiku. Setelah habis cuti, kami pun balik ke tempat kerja masing2. Suamiku di Terengganu sedangkan aku di Klang. Selepas beberapa bulan hidup berasingan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengikut suamiku ke Terengganu. Akhirnya aku menjadi salah seorang rakyat Terengganu hingga kini dan penanam anggur yg berjaya (menganggur la...hehehehehehe).
Hidup kami lebih bahgia bila aku disahkan hamil anak sulung kami. Aku bersyukur kerana aku x mengalami alahan yg teruk. Setelah beberapa bulan akhirnya aku selamt melahirkan bayi lelaki seberat 3.15kg di Hospital Besar Terengganu (kini Hospital Sultanah Nur Zahirah). Bayi itu kami namakan Muhammad Aliff Iskandar. Nama yang menjadi idaman kami berdua selama ini. Nak tau dari mana datang nama tu....Sebenarnya aku ni minat sangat kat hos tv3 yang namanya Ely Iskandar tu so aku letak la nama anak ku tp aku ubah la sikit, klu aku ikut bulat2 kang suami aku merajuk plak hehehehehe.

Sehabis exam SPM, aku memohon kerja sambilan di sebuah kilang membuat telefon. Permohonan ku diterima. Maka aku pun bergelar minah kilang, gelaran yg selalu menjadi hinaan guru disekolah ku. Biar la dihina asalkn niatku untuk mencari duit membantu keluarga tidak disalah ertikan. Disini byk lagi pengalaman yg aku dpt selain kawan2 ku dari negara seberang. Disini juga aku mula berkenalan dgn seorg lelaki yg bernama Yusri. Tinggi lampai dan putih melepak adalah gambaran yg dpt aku berikn tentang dia. Hubungan kami x lama. Kami terputus setalah dia menjadi tentera. Kebetulan waktu tu aku juga mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur sbg jurutol.
DAH MASUK PART PALING BEST YG MANA DISNI LA AKU KENAL MY MR.HUBBY.
Pd tahun 1997, aku melangkah pergi meninggalkn kampung halaman untuk ke bandar besar KL. Aku mendapat kerja di Plaza Tol Sungai Rasau di Klang sebagai jurutol. Mak dan ayah menemani ku sampi ke sana. Dengan linangan air mata mereka terpaksa meninggalkn aku, aku pun nangis gak hehehehehe...maklum la selama 19 thun aku x pernah berenggang dengan mereka berdua walau sekali pun. Ini adalah kali pertama. Mungkin mereka bimbang aku di sana seorang diri, tiada teman atau family di sana, klu ada pun jauh dr bandar Klang. Aku pula yg jenis x byk cakap xde kawan di sana sampaikn nak cari tempat mkn pun aku xtau dan x pandai. Aku hanya makan waktu kerja je sebab kat sana ada kantin. Bila aku balik rumah maka aku x makan la sampai la satu hari tu aku sakit perut. Dalam keadaan sakit perut, kawan serumah pula xde, aku pun duduk la lepak depan rumah untuk ambil angin. Nak tidur aku rasa takut maklum la tempat baru sebab tu aku duduk kat luar tunggu diaorg balik.Sedang aku termenung menunggu kawan2ku balik, aku disapa seorang lelaki. Dia sebenarnya jiran sebelah rumah ku. Dia juga bekerja sebagai jurutol tapi di Plaza Tol Bukit Raja. Namanya...jeng..jeng...jeng...Mohamad Nizam berasal dr Kulim, Kedah. Dia anak kedua dr lapan adik beradik. Hitam manis dan berjambang ala hero hindustan itu la rupa dia masa tu. Setelah berborak sepatah dua lalu dia menawarkn diri untuk membawa aku pergi makan setelah ku beritau dia bahwa aku sedang lapar. Oleh sebab ari dh jauh malam, dia membawa aku makan dekat kedai mamak je..Korang tau x itu la detik permulaan perkenalan yg membawa kami ke jinjang pelamin. Bermula dr malam itu kami sering keluar makan bersama x kira makan tengahari ataupun malam. Pergi dan balik kerja aku pun dia yg ambik dan hantar. Pendek kata kami dh jadi couple la. Klu sebelum ni setiap sebulan sekali aku balik ke kampung kini aku dh mula jarang balik..Teruk betul la aku ni kan...Walaupun cam tu tanggungjawab aku pada keluarga tidak aku lupakan. Aku mendapat tawaran menjadi jururawat tp ku tolak..biasa la bila dah ada buah ati ni klu boleh memang xmau berenggang la.
Setelah hubungan kami mendapat restu kedua2 belah pihak, pd tahun 1999 aku dan Nizam pun bertunang. Perjanjian dibuat dlm masa setahun kami akan disatukn. Pd 16/10/1999, tunangku mendapat tawaran menjadi pegawai polis.Dia akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Polis, KL. Tinggal la aku seorang diri seperti waktu aku mula menjejakkan kaki dibandar Klang dulu. Pergi dan balik kerja ku tiada lagi teman begitu juga makan minum ku.Setahun bagaikan seribu tahun lamanya untuk aku berjumpa kekasih hati. Hanya selepas sebulan dia menjalani latihan baru la kami dpt berjumpa itu pun hanya beberapa jam. Nak tengok wayang pun x sempat. Dia x boleh keluar lama2 dan mesti masuk asrama sebelum pkl 6.Klu lewat dia akan didenda. Dendanya dia xleh keluar lagi untuk minggu depan. Untuk yg tengah hangat bercinta macam kami ni dah tentu nak berjumpa lagi so daripada x dpt jumpa langsung dpt jumpa sekejap pun jadi la. Majlis kahwin kami terpaksa ditunda sehingga tunangku tamat latihan seterusnya kursus asas di Ulu Kinta.
Pd tahun 2001, tunang ku tamat latihan dan kursus asas. Dia diarahkn melapor diri untuk bertugas di Unit 6 FRU di Kuala Terengganu. Selepas beberapa hari memulakan tugas sebagai Pegawai Penolong Penjaga Troop, kami pun dinikahkan. Tanggal 25 Januari 2001 kami berdua sah menjadi suami istri. Aku sungguh terharu bercampur gembira kerana impianku untuk hidup bersama kekasih hati akhirnya termakbul. Syukur pada Allah atas kurnianya yang x terhingga pada aku dan keluarga. Pilihanku x silap suamiku seorang yg baik, bertanggungjawab dan menerima keluarga ku seadanya. Di depan ayahku dia berjanji akan menjaga dan membahagiakan aku. Dua majlis kecil diadakan untuk meraikan kami oleh kedua2 belah pihak. Aku yg berasal dr anak tunggal kini memiliki keluarga yg besar dengan seorang kakak dan enam orang adik. Sesuatu yg baru bagiku. Setelah habis cuti, kami pun balik ke tempat kerja masing2. Suamiku di Terengganu sedangkan aku di Klang. Selepas beberapa bulan hidup berasingan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengikut suamiku ke Terengganu. Akhirnya aku menjadi salah seorang rakyat Terengganu hingga kini dan penanam anggur yg berjaya (menganggur la...hehehehehehe).
Hidup kami lebih bahgia bila aku disahkan hamil anak sulung kami. Aku bersyukur kerana aku x mengalami alahan yg teruk. Setelah beberapa bulan akhirnya aku selamt melahirkan bayi lelaki seberat 3.15kg di Hospital Besar Terengganu (kini Hospital Sultanah Nur Zahirah). Bayi itu kami namakan Muhammad Aliff Iskandar. Nama yang menjadi idaman kami berdua selama ini. Nak tau dari mana datang nama tu....Sebenarnya aku ni minat sangat kat hos tv3 yang namanya Ely Iskandar tu so aku letak la nama anak ku tp aku ubah la sikit, klu aku ikut bulat2 kang suami aku merajuk plak hehehehehe.

Ha.... ni la hero kami berdua. Kini dia berumur 10 tahun dan bersekolah dlm darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong. Dia seorang yg kreatif dan suka mencuba sesuatu yg baru tp dlm bab belajar dia malas la sikit mungkin mengikut perangai aku dan suami ku masa kecik kot hehehehe.Tengok la gmbr dia main boling tu.. ada gaya profesional x ??? padahal klu main xde la bagus mana pun, asyik masuk longkang je tp kira ok la dia nk gak cuba main. Yg lagi satu tu gambar masa raya tahun 2010.Segak sungguh anak ibu ni..Ibu doakn moga anakanda akan berjaya dlm pelajaran dan mana la tau satu hari nnt anakanda akan menjadi pemain boling negara. Walau minat main boling macam mana pun, pelajaran harus diutamakan ye anak ku. Ibu dan abah akan sentaiasa mendoakan kejayaan anak2 kami. Pelajaran dan sukan harus seiiring. Tiada ilmu kita x dipandang orang wahai anakku sayang. Abang adalah anak sulung dan satu2nya anak lelaki yg kami ada, jd dibahu abang terletak tanggungjawab menjaga adik2 abang yg bertiga tu andai kami tiada lagi nnt. Abang la pengganti abah untuk nikahkan mereka bila mereka besar nnt. Jangan lalai dlm solat ye kerana solat itu tiang agama. Solat juga la yg akan membawa kita ke Jannah nya.
Selepas 3 tahun aku hamil lagi. Kali ini alahan ku teruk btul smpai x boleh mkn langsung. Banyak mana yg masuk banyak itu juga la yg keluar. Aku hanya boleh mkn makanan yg dimasak oleh orang lain maka terpaksa la suamiku membeli makanan dr luar utk ku tp utk dirinya aku la yg masakkan. Selepas melalui semuanya akhirnya pd tanggal 4 Julai 2004 aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3kg. Bayi itu kami namakan Nurin Izzatul Akmal. Mungkin sewaktu mengandungkannya aku suka minum nescafe so kulit anakku itu xla seputih abgnya tp xla sampai hitam berkilat. Anakku ini mengalami banyak masalah sewaktu bayi. Baru beberapa hari dilahirkan dia mendapat demam panas yg tinggi dgn jangkitan kuman pada darah dan paru-parunya. Dia terpaksa ditahan di wad selama 12 hari. Hancur luluh perasaanku bila mendapat tahu anakku itu menghidapi G6PD iaitu dlm ayat mudahnya sel darah merahnya mudah pecah. Dia sensitif pd ubat nyamuk, ridsect, ubat gegat, kekacang dan ubat-ubatan. Tp alhamdulillah, walaupun macam tu dia membesar dengan sihat seperti kanak2 lain. Ni la anak dara yg pertama kami. Comel kan !!!! korang tgk macam muka sape. Kawan2ku cakap macam muka suamiku. Aku pun rasa cam tu gak. Selain warna kulit, mata pun cam abah dia jugak. Anak abah la katakan. Nurin kini berumur 7 tahun, bersekolah dlm darjah 1 disekolah yg sama dengan abgnya. Dia ni rajin sikit membaca buku. Klu xde buku sgt nk baca buku sekolah abg dia pun dia baca juga. Mungkin yg ni la harapan kami untuk cemerlang dlm pelajaran seterusnya dapt mengubah nasib keluarga. Ibu dan abah akan terus berdoa untuk angah dan anak2 yg lain. Biar kita miskin harta anakku tapi kita kaya dgn ilmu. Ingat la pesanan ibu dan abah ini wahai sayangku....
Pada tarikh 10 Januari 2007,aku sekali lagi melahirkan bayi permpuan seberat 3.01kg di hospital yang sama. Sebelum ni suamiku akan menemaniku disaat2 kelahiran bayi kami, tp kali ni dia x sempat nak teman kerana waktu tu kebetulan dia tgh kerja dan sibuk memujuk anakku yg lain supaya tinggal dirumah. Biasa la budak kecil, klu xde mak dicarinya abah klu abah xde kan susah sikit. Mujur waktu tu mak ada dirumah kami so boleh la dia tolong tengokkan sekejap anak2 kami tu. Oleh sebab anakku yg sebelum ni ada G6PD maka pihak hospital terpaksa menahan anakku yg ini utk langkah awal. Alhamdulillah anak kami yg ini bebas dr semua penyakit. Oopppsss!!! tertinggal lak nama anak. Anak kami yg ini kami namakan Nurin Aina Adriana sempena mata dia yg cantik sgt. Bukan aku nk puji anak sendiri tp mmg betul mata dia cantik sangat. Dah la mata dia besar, bulu mata plak melentik dan hitam. Dia plak berkulit putih. Korang x caya... haaaa tgk gambar dia ni... Betul x ckp aku, cantik kan mata dia..Aina kini berumur 4 tahun, dia blum bersekolah. Aku xmau dia merasa jemu belajar plak klu aku hantar dia awal sgt ke sekolah. Buat masa ni biar la dia teman aku kat umah dulu...
Aku sekali lagi melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25kg pada 23 Mei 2010 di hospital swasta. Bayi ini kami namakan Nurin Qashrina tp nama manjanya Ayien. Kini dia baru berusia 8 bulan. Belum pandai merangkak tp dah pandai duduk. Dia menjadi kesayangan semua sebab dia comel, montel dan x banyak kerenah. Suamiku teramat menyayanginya. Klu tinggal sekejap pun dia dah mula rindukan anaknya ini. Bagi suamiku Ayien sgt istimewa. Selain di lahirkan di klinik swasta, ayien adalah satu2nya anak yg dia dpt lihat dr saat dia keluar dari rahim ku lagi. Malah dia berkesempatan melakukan solat syukur sejurus ayien dilahirkan. Suamiku adalah orang pertama yg menukar lampin Ayien sewaktu baru dilahirkan.. Aku doakan moga anak2 terus menjadi pengikat kasih sayang kami suami isteri. Aku juga memohon pada Allah moga dikekalkan jodoh kami hingga ke hujung nyawa. Hanya suami dan anak2 adalah harta ku yang tidak ternilai. Kepada anak2 ku sayang menyayangi la kalian adik beradik. Jangan ada sengketa walau apa pun sebabnya. Solat jangan di tinggal, klu ditinggal maka porak peranda la hidup kita. Pada suami tercinta, ayang sangat menyayangi dan menyintai hubby sama seperti masa kita mula kenal dulu, malah makin bertambah. Hidup dengan hubby membuatkan ayang lebih bahagia. Hubby amat bermakna pada ayang. Hilang hubby, gelap la dunia ayang. Moga kasih sayang kita berpanjangan. Hanya anak2 yg dapat ayang berikan untuk membalas budi hubby selama ini. Terima kasih yang tidak terhingga hubby. Hanya Allah yg dpt membalas budi baik hubby tu. Bingkisan ini untuk kenangan kita berdua bila tua nanti. Mana la tau bila dah nyanyuk nanti hanya ini la yang boleh mengingatkan kita balik. Sembah salam serta ampun ayang pohonkan andai ada kekurangan semasa ayang menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Apa yang kurang tolong la hubby betulkan. Untuk anda yg sudi membaca kisah hidup saya, ingin saya beritahu semua yang saya tulis adalah benar belaka dan dilalui oleh saya sendiri. Niat hanya ingin berkongsi cerita dengan sesiapa yg sudi...Ni la gambar anak kecil kami serta serta gambar kami sekeluarga..

No comments:
Post a Comment